Berikut merupakan link untuk pembentangan tugasan kami
https://youtu.be/5aozzyChCoE
Kampung Rinching Hilir
Wednesday, 23 December 2015
Saturday, 21 November 2015
Maklumat Berkaitan Dengan Kampung
INFO MENGENAI DAERAH
Parlimen: HULU LANGAT
Ahli Parlimen: YB Dr CHE ROSLI BIN CHE MAT
Dewan Negeri: SEMENYIH
Ahli Dewan Negeri: YB DATO’ HAJI JOHAN BIN ABDUL AZIZ
Penyelaras Dewan Negeri: HAMIDI BIN A. HASSAN
Pegawai Daerah: Tuan ZULKIFLI
Penghulu Mukim: MOHAMAD SAMSUDIN BIN HAJI SATAR
Kategori Kampung : KAMPUNG TRADISI
Thursday, 19 November 2015
Jawatan Kuasa Kampung
Jawatan Kuasa Kampung 2015
· Pengerusi: HJ ABD MALEK BIN RIDZWAN
· Timbalan Pengerusi :-
· Setiausaha: MOHD ZULKIFLI B HJ RIDZWAN
· Bendahari: MOHD MOHYIDIN BIN MOHAMED MESBAH
· Biro Belia,Sukan dan Rekreasi: HAMDAN BIN SHUIB
· Biro ICT dan Media: KHANAFI BIN MOHD MOKSIN
· Biro Agama dan Kebajikan: NORAZLAN BIN MOHD RAWI
· Biro Pembangunan: ROSLI BIN LANI
· Biro Keselamatan: MOHD ZAMRI BIN MOHD SOM
· Biro Sosial dan Kebudayaan: HJ NORDIN BIN ALI
· Biro Ekonomi dan Keusahawanan: MOHD KHAFIZ BIN ZAINI
• Biro Pendidikan: MAZLAN BIN AHMAD· Biro Hal Ehwal Wanita: SITI YUHANA BT HJ MAD YUSOP
Ajk: MOHD ZAHAN B MOHD MOKSIN
ROSLI BIN AHMAD
gambar bersama dengan wakil ajk kampung
Tuesday, 17 November 2015
Kemudahan asas di kampung
Pada 15 November 2015, kami telah pergi melawat ke kampung rinching hilir. Semasa sesi lawatan kami di kampung itu, kami telah meronda di sekitar kawasan tersebut. Kami mendapati, terdapat beberapa kemudahan asas yang disediakan untuk masyarakat di sana. Antara kemudahan yang disediakan ialah klinik kesihatan desa, sekolah, masjid dan balai raya. Ini adalah antara kemudahan yang disediakan.
Klinik kesihatan desa
Masjid
Sekolah
Saturday, 14 November 2015
Sejarah Kampung Rinching Hilir
Kampung Rinching Hilir telah dibuka pada sekitar tahun 1915 oleh sekumpulan lima orang panglima dari Minangkabau, Sumatera. Antara nama panglima-panglima tersebut ialah Tok Pulut, Tok Jalik, Tok Mantau dan Tok Sayid. Para panglima ini datang berhijrah ke kawasan Kampung Rinching Hilir tanpa membawa bersama ahli keluarga mereka dan telah mendirikan pondok-pondok kediaman di kawasan yang berbukit.
Para Panglima dari Minangkabau ini adalah orang yang hebat dan kuat atau 'bagak' dalam bahasa Minangkabau. Ini kerana mereka tidak takut dan berganjak dari kawasan pondok kediaman mereka walaupun banyak harimau berkeliaran di kawasan itu terutama pada waktu malam. Selain itu, dikisahkan juga bahawa salah seorang daripada panglima itu telah berjaya menangkap ikan bujuk dan sepat sebesar manusia ketika memancing di kawasan berpaya di sekitar kawasan kampung itu.
Sementara nama-nama tokoh yang berasal dari tanah Jawa pula ialah seperti Kiai Shukur, Hj Idris, Hj Sirat, Hj Sarkawi dan Hj Hussin.
Sejarah ini membuktikan bahawa Kampung Rinching Hilir adalah sebuah kampung yang didiami oleh dua etnik terbesar iaitu Jawa dan Minang.
Sejarah ini membuktikan bahawa Kampung Rinching Hilir adalah sebuah kampung yang didiami oleh dua etnik terbesar iaitu Jawa dan Minang.
Kampung Rinching Hilir mendapat nama amat berbeza dengan Kampung Rinching Tengah. Perkataan 'Rinching' sebenarnya membawa maksud saliran sungai yang merentasi kawasan kampung tersebut. Oleh kerana kampung tersebut terletak di kuala sungai itu, maka nama Kampung Rinching Hilir telah digunakan.
Thursday, 5 November 2015
Permulaan cerita
Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada semua. Kami pelajar tahun 1 dari universiti Kebangsaan Malaysia, seramai 6 orang diberi tugasan untuk menubuhkan satu blog mengenai satu tempat yang telah dipilih iaitu Kampung Rinching Hilir. Tujuan penubuhan blog ini adalah untuk menjalankan tugasan dan projek yang telah diberikan oleh pensyarah untuk subjek citra kami , Apresiasi Teknologi Maklumat. selain hal itu, pelaksaan projek ini adalah untuk memasyarakatkan pelajar UKM itu sendiri. Segala kerjasama anda amatlah kami hargai. semoga terus memberi sokongan. Terima kasih.
Subscribe to:
Posts (Atom)