Wednesday, 23 December 2015

Saturday, 21 November 2015

Maklumat Berkaitan Dengan Kampung

 
 INFO MENGENAI DAERAH 

Parlimen: HULU LANGAT

Ahli Parlimen: YB Dr CHE ROSLI BIN CHE MAT


Dewan Negeri: SEMENYIH


Ahli Dewan Negeri: YB DATO’ HAJI JOHAN BIN ABDUL AZIZ

Penyelaras Dewan Negeri: HAMIDI BIN A. HASSAN


Pegawai Daerah: Tuan ZULKIFLI


Penghulu Mukim: MOHAMAD SAMSUDIN BIN HAJI SATAR


Kategori Kampung : KAMPUNG TRADISI

Thursday, 19 November 2015

Jawatan Kuasa Kampung



                  Jawatan Kuasa Kampung 2015


·           Pengerusi: HJ ABD MALEK BIN RIDZWAN
·           Timbalan Pengerusi :-
·           Setiausaha: MOHD ZULKIFLI B HJ RIDZWAN
·           Bendahari: MOHD MOHYIDIN BIN MOHAMED MESBAH
·           Biro Belia,Sukan dan Rekreasi: HAMDAN BIN SHUIB
·           Biro ICT dan Media: KHANAFI BIN MOHD MOKSIN
·           Biro Agama dan Kebajikan: NORAZLAN BIN MOHD RAWI
·           Biro Pembangunan: ROSLI BIN LANI
·           Biro Keselamatan: MOHD ZAMRI BIN MOHD SOM
·           Biro Sosial dan Kebudayaan: HJ NORDIN BIN ALI
·           Biro Ekonomi dan Keusahawanan: MOHD KHAFIZ BIN ZAINI
      •            Biro Pendidikan: MAZLAN BIN AHMAD
       ·           Biro Hal Ehwal Wanita: SITI YUHANA BT HJ MAD YUSOP
                          Ajk: MOHD ZAHAN B MOHD MOKSIN
                                 ROSLI BIN AHMAD



                                           gambar bersama dengan wakil ajk kampung
   

Tuesday, 17 November 2015

Kemudahan asas di kampung



     Pada 15 November 2015, kami telah pergi melawat ke kampung rinching hilir. Semasa sesi lawatan kami di kampung itu, kami telah meronda di sekitar kawasan tersebut. Kami mendapati, terdapat beberapa kemudahan asas yang disediakan untuk masyarakat di sana. Antara kemudahan yang disediakan ialah klinik kesihatan desa, sekolah, masjid dan balai raya. Ini adalah antara kemudahan yang disediakan.



Klinik kesihatan desa


Masjid


Sekolah

Saturday, 14 November 2015

Sejarah Kampung Rinching Hilir



                   Kampung Rinching Hilir telah dibuka pada sekitar tahun 1915 oleh sekumpulan lima orang panglima dari Minangkabau, Sumatera. Antara nama panglima-panglima tersebut ialah Tok Pulut, Tok Jalik, Tok Mantau dan Tok Sayid. Para panglima ini datang berhijrah ke kawasan Kampung Rinching Hilir tanpa membawa bersama ahli keluarga mereka dan telah mendirikan pondok-pondok kediaman di kawasan yang berbukit.


               Para Panglima dari Minangkabau ini adalah orang yang hebat dan kuat atau 'bagak' dalam bahasa Minangkabau. Ini kerana mereka tidak takut dan berganjak dari kawasan pondok kediaman mereka walaupun banyak harimau berkeliaran di kawasan itu terutama pada waktu malam. Selain itu, dikisahkan juga bahawa salah seorang daripada panglima itu telah berjaya menangkap ikan bujuk dan sepat sebesar manusia ketika memancing di kawasan berpaya di sekitar kawasan kampung itu. 

             Sementara nama-nama tokoh yang berasal dari tanah Jawa pula ialah seperti Kiai Shukur, Hj Idris, Hj Sirat, Hj Sarkawi dan Hj Hussin.
Sejarah ini membuktikan bahawa Kampung Rinching Hilir adalah sebuah kampung yang didiami oleh dua etnik terbesar iaitu Jawa dan Minang. 

             Kampung Rinching Hilir mendapat nama amat berbeza dengan Kampung Rinching Tengah. Perkataan 'Rinching' sebenarnya membawa maksud saliran sungai yang merentasi kawasan kampung tersebut. Oleh kerana kampung tersebut terletak di kuala sungai itu, maka nama Kampung Rinching Hilir telah digunakan.

Thursday, 5 November 2015

Permulaan cerita

   Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada semua. Kami pelajar tahun 1 dari universiti Kebangsaan Malaysia, seramai 6 orang diberi tugasan untuk menubuhkan satu blog mengenai satu tempat yang telah dipilih iaitu Kampung Rinching Hilir. Tujuan penubuhan blog ini adalah untuk menjalankan tugasan dan projek yang telah diberikan oleh pensyarah untuk subjek citra kami , Apresiasi Teknologi Maklumat. selain hal itu, pelaksaan projek ini adalah untuk memasyarakatkan pelajar UKM itu sendiri.  Segala kerjasama anda amatlah kami hargai. semoga terus memberi sokongan. Terima kasih.